28 November 2010

Miza Raihanah

Gambar-gambar kat bawah ni gambar anak perempuan aku.
Miza Raihanah bt Mohd Redzuan, 3 Tahun.
Cute? Muka cam cina? hehehe...
Macam-macam nama orang panggil : Miza, Oshin, Jepun, Amoi...

Layankan saje...

Miza Raihanah, 4 bulan kat Pesta Pulau Pinang
Miza kat Kuala Gandah tengok gajah.
Miza kat Deer Land dekat-dekat ngan Kuala Gandah.

Kat Istana Negara. 




Peace! Peace!

27 November 2010

Aku kecewa...

Setelah lama aku baca-baca komen kat page dr rozmey herba prima, hari ni aku telah klik "LIKE" kat page dia.
Aku pun post la pertanyaan kat dia.
Aku bangga sehh sebab tak lama aku post, terus dia reply.
Mahu tak bangga, orang top reply post kau. 
Kau tak bangga ke?
Kembang kuncup kejap lubang hidung ini
Kalau aku post kat ACK pun belum tentu dia nak reply. ( aku tak pernah pulak post kat dia pun sebab aku tak pakai gelang )

yehaaaa...
Tetapi, kusangka panas sampai ke petang, rupanya awal-awal lagi hujan lebat dah turun.
Ngam-ngam budak yang last tu bagi komen, terus post aku kena delete.
Aku kecewa denganmu dr rozmey, wakakakaka...

p/s : gambar post kena delete tak dapat disertakan di sini...harap maklum.

Mengidam sesuatu...

Bila nak dekat hujung-hujung tahun ni selalu mengidam.
Normal ke kalau lelaki mengidam sesuatu?
Kalau ada rezeki nanti adalah, InsyaAllah.
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-
Mengidam benda ni hah :

sumber : http://www.dpreview.com

Nak lengkap dengan speedlight semua sekali.
Canon punya pakej, tak mau 3rd party punye lens ngan speedlight.
Bila boleh merasa?
Layankan angan-angan...

Orang berkamera, kamu pun nak berkamera...

 Aishhh...minat dengan betul berkamera ni.
So, petik-petik la kamera Yashica abah yang guna filem tu. 
Lepas petik kena pusing tuk roll filem.
Sekarang kamera tu dah rosak, masuk muzium sudah.
Tahun lepas ( 7 Nov 2009 ) setelah mendapat kelulusan 
kementerian kewangan dapat jugak beli kamera sendiri.
Beli second hand punya aje...

Canon 400D + 50mm 1.8 + Nissin Di622


Keesokan harinya ngam-ngam sepupu aku bertunang.
Dengan secara tak sengaja jadilah aku photographer rasmi kat majlis tu.
Gigil wooooo...

Inilah antara hasilnya :

Duit singgit-singgit.
Boonga.





Tu tengok tu hah!


Cincin disarung ke jari,


Ingat lagi, lepas balik ke dari majlis pertunangan tu, terus keluar pergi KLCC 
untuk menambah kepoyoan dengan Eazy.

KLCC

Dari situ jugak aku mula kenal dengan IjatSham, Lihin Hafizi dan beberapa lagi geng baru.

Sham dan Syakir

Ini kaki Eazy.

Cikgu Sham tengah ngajar student baru.

Begitulah ceritanya macam mana aku boleh terjebak...


Orang berblog, kamu pun nak berblog jugak...

Salam perkenalan buat semua. 
Sesuai sangat le dengan nama pun, tak gitu ke?

Peace! Peace! 
Jangan marah saya, OK!