24 December 2010

LTD VTEC JUNIOR


Hari ni nak cerita sikit pasal helmet motorsikal untuk kanak-kanak.
Ok ke kalau nak cerita pasal helmet? 
Ok la kot, hal keselamatan, tak salah untuk dikongsi dan diceritakan...

Aku pergi ke tempat kerja hari-hari naik motor je.
Nak pergi kedai ke, rumah pakcik yang dekat-dekat tu pun naik motor jugak.
Kalau naik motor tu, walaupun dekat pakai juga helmet.
Kadang-kadang bila naik motor sama anak aku Miza dia komplen "mana topi saya Abah?"
Budak-budak mana reti nak panggil benda tu helmet, so dia panggil la topi.
Aku janji dengan Miza tuk belikan helmet untuk dia.

"Saya nak topi PINK kaler tau Abah". Ah sudah, mana nak carik.
Dah lama jugak cari, kaler merah ada la, tu pun Made In China punya helmet mainan.
Aku tak beli pun.

Last week, balik dari kerja tayar motor pancit pulak...
Ngam-ngam kat Jalan Semarak kena, nasib baik ada kedai motor.
Dah siap tukar tiub, nak pergi la bayar, ternampak la pulak helmet PINK kaler macam Miza nak.
Tanya harga dia bagi RM50 yang ada visor, RM45 takde visor.
Tanya je tak beli pun lagi.


Gambar dari hasil di Google. Thanks to Malaysianbikers

Hari ni balik kerja dari Mid Valley Megamall lalu Jalan Sentul.
Singgah sebentar di NKS Sport Bikers. 
Survey harga, dia bagi paling kurang RM45 ada visor, RM40 takde visor.
Tanya kat YULITE, RM50 ada visor. Aku memang aim yang ada visor punya.
Apa lagi, masuk balik NKS, terus beli la...

Tadaaaaaaa...


Dalam kotak lagi. Panas-panas...

PINK kaler okay...

Ada cop SIRIM lagi tu...




NKS, kedai ni je la aku biasa beli.

Recommended price RM58, kat kotak NKS letak RM55, bayar RM45 saje...

So, ada siapa-siapa yang berminat ke?
Jangan sayang diri sendiri je, yang kecik-kecik tu pun kita kena sayang jugak.
Pakaikan helmet untuk si kecil anda ketika menunggang motorsikal bersama...

Jumpa lagi...


18 December 2010

Rumah dah siap.

Apa? Dah siap?
Cepat betul rumah siap.
Rumah yang Mutiara Residen tu ke?
Betul ke ni? Macam tak percaya je...
Tak percaya?

Tengok ni...


Sukanya hati ni...

Arghhh...tipu aje...
Design rumah ni sama je dengan rumah yang aku beli.
Nak tahu lebih lanjut pasal rumah aku beli tu, lawatlah website dia kat sini atau kat showhouse dia kat Bandar Country Homes, Rawang.

Rumah ada kipas tu la showhouse Mutiara Residen,

Sekarang rumah-rumah ni dah mula diduduki, CF dah lulus.
Rumah ni nama dia Desa Mutiara. Rumah aku beli tu Mutiara Residen
Kira macam rumah Fasa 1 dengan Fasa 2 la. Beza cuma nama dan Desa Mutiara ada 2 jenis rumah Double Storey Link House dan Townhouse. Mutiara Residen ada Townhouse saje.


Gambar-gambar ni aku ambil masa nak booking rumah beberapa bulan lepas kat showhouse dia.
Ingat nak beli rumah kat sini je, dah siap...sekali dah penuh daaa...
Tu yang dia offer Mutiara Residen tu, tak jauh pun, seberang jalan je...


Gambar dari jalan masuk ( dalam ) ke Desa Mutiara.
Yang nampak cam rumah tak siap depan tu dengan kren tu lah dia  Mutiara Residen.

Sabar menunggu rumah nak siap...
Jumpa lagi.

Sekian...

Saya menang motor...


Saya menang motor...
Arghhh...mimpi rupanya...
Semalam kat office ada buat X'mas & Year End Party...



Kelmarin, aku pergi beli hadiah sama-sama dengan Rafidah.
Aku siap cadangkan Rafidah jangan beli warna tu, beli la warna ni sebab tak tau siapa yang dapat hadiah tu nanti. Kena warna pink dapat kat lelaki tak sesuai la sangat...
Sampai time buat cabutan nombor hadiah...kacau punya kacau balang hikmat dapat no 19...


Teringat pulak hadiah dari Rafidah no 19, hampasss...
Tanya Rafidah, dapat no berapa?
Dia kata no 21...Ngam-ngam hadiah no 21 tu hadiah dari Wan...
Kui Kui Kui...

No 19 dan 21

Apa nak buat, terima je la...
Cuma tak de la surprise sangat, wakakakaka...

Buka hadiah yang dah tau isinya.

Calvin dengan hadiahnya.

Bos Papa John buka hadiah.


Wahh..ada receptionist baru ke???

Itu je la ceritanya.

Sekian...

14 December 2010

Mutiara Residen

Rasa dah lama gila tak update kan? kan?
Idea tuk entry tu ada, cuma masa je tak mengizinkan.
Hari ni nak cerita sikit pasal rumah yang aku beli kat BCH, Rawang.

Mutiara Residen aka Desa Mutiara

Harga dari RM139,500
22' X 100' Townhouse 20' Backyard garden.

Kenapa beli rumah jauh-jauh Encik Redzuan?

Memang betul kata orang lokasi ni boleh tahan jauhnya kalau orang tu bekerja kat KL.
 Tapi, memandangkan umur makin tahun makin bertambah, so kena cepat-cepat la beli rumah.
Nak beli dekat-dekat dengan rumah sekarang ni tak termampu la nak beli. Kata orang "Ukur baju di badan sendiri". Beli ikut kemampuan kita ye.
Memang betul kalau tunggu lama sikit gaji pun makin OK, so boleh la beli rumah yang lebih OK dari ini, dan lokasi dekat sikit dengan KL.
Jangan lupa pulak, umur pun sama makin bertambah, lagi satu harga rumah ni kalau akan datang bertambah-tambah harganya.
Rasanya tak salahlah kalau rumah ni menjadi pilihan sebagai rumah pertama aku dengan isteri.

Gambar ni waktu pertama kali aku datang melawat lepas bayar deposit 10%.
9 Okt 2010
Depan pintu masuk.
9 Okt 2010
Belakang sikit.
9 Okt 2010
Tiang-tiang...

 Developer untuk Mutiara Residen ni Euthenia Land Sdn Bhd
Kalau tengok kat website Euthenia  memang takde cerita pasal Mutiara Residen ni sebab Mutiara Residen ni lebih kurang macam Desa Mutiara Fasa 2 la. Kawasan besebelahan dengan laluan utama.
Kat Fasa 2 ni, jumlah unit rumah tak banyak, ada 94 unit je kalau tak silap la.
Jalan pun satu je, situlah masuk, situlah jugak jalan keluar.
Lagi satu rumah ni Gated Community.

Apa lagi la nak di ceritakan ye? Layan je la gambar-gambar ni...
Gambar-gambar ni aku tangkap 5 Dis 2010 lepas lebih kurang 2 bulan selepas gambar-gambar sebelum ni.
Projek nampaknya menunjukkan tanda-tanda positif.

LAYANKAN AJE...

No 3 atau 4 dari kiri rasanya...



Nampak la sikit bentuk rumah...

Ok la, sampai di sini aje la.

p/s : maaf la kalau gambar-gambar ni ada yang kurang memuaskan, tangkap guna kamera henpon aje!

04 December 2010

Boleh pegang-pegang...


Kepada yang masih bujang tu lagu Anna Raffali + Suhaimi Meor Hassan + Altimet bunyi dia cam ni kan? kan? kan?

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Versi orang dah berkahwin :

Boleh pandang-pandang
Boleh pegang-pegang
Duduk dekat-dekat
Bertambah sayang

02 December 2010

Bermula satu cerita...

Masuk kerja jam 9.00pagi...
Minggu ni sampai je Times Square terus ke outlet, tak masuk office terus...
Sampai outlet, kutip donat...kutip donat...kutip donat...
Pehhhhh...
Lunch biasa 12.30tgh hari dah tak de dah...
Kutip donat lagi...
Petang-petang sikit dapat le LUNCH...

Begitulah kisah, SOKET PENGUTIP DONAT...

Tulisan : Husin Abu Hasan.
Sekian, Terima Kasih.