29 May 2011

KARAK vs KASAK



vs


Sumber gambar : krustudios.com dan youtube.com

Duit duit...di mana kau duit...

Tak de nak cakap banyak kat sini.
Nak kongsi sebahagian daripada koleksi peribadi saya : duit-duit lama, nombor siri unik dan duit yang payah nak dapat sekarang seperti not RM2.

Payah nak dapat wooo not RM2 sekarang ni, hahaha...

Saya kumpul kecil-kecilan saja dan tak de la sampai ambil tahu duit tu keluaran tahun berapa, gabenor mana yang tanda tangan.
Saja, buat suka-suka...

Layan...

Dua-dua not RM50 ni tak sama tandatangan Gabenor.


Ada 2 jenis not RM20 dalam simpanan. Lihat pada bangunan BNM, ada beza kan?

3 jenis not RM10 versi lama dan not RM5 tiang Istana Negara cross.


Ada 2 jenis not RM2, tandatangan Gabenor tak sama.


Not RM1, nombor siri terbalik-terbalik. contoh: 3690963, 8940498

Ada 2 not RM5, tandatangan Gabenor tak sama.

Gambar semua dari mukabuku saya.

Sekian...

28 May 2011

Pancing Udang

Hari ni pergi mancing udang kat kolam.
Lokasi : Kolam Pancing Sportfishing Sentul
Taman Pelangi, Jalan Sentul/Gombak

Bayar deposit RM60 boleh pancing 5jam.
Kalau dah 3jam, boleh keluar. 
Bagi tiket kat kaunter, dapat balik RM24.
Jadi maknanya sejam RM12 laaa...

Ni hasilnya...
3jam pancing = RM36 = 36ekor udang pelbagai saiz. Purata seekor = RM1

Dah lama tak pancing, dapat cam ni kira ok laaa...

Sekian...

Masuk Surat Kabo...

Haha, bukan saya yang masuk surat kabo.
Kawan sekolah saya yang masuk surat kabo Berita Harian @Inspirasi m/s 24 Joran

Nak tengok online pun boleh, klik bharian.com.my.

Tak percaye ke?

Ni, hah gambor dia...
Yang kanan, bukan kiri. Dalam surat kabo tu tulis Asyraff (kiri).

p/s : berapa kali la kamu dah masuk surat kabo. saya nak juge, kuikuikui...

Berbasikal Malam

Ya, berbasikal malam.
Saya ingin memberi pendapat saya komen saya dengan trend orang kat Malaysia sekarang ni.

Menurut Wikipedia, basikal  ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka.

Berbasikal pula ialah orang yang menunggang basikal.

Orang berbasikal ni ada banyak. Contohnya :

* sebagai mainan kanak-kanak.
* untuk tujuan rekreasi dan kesihatan dewasa.
* pengangkutan harian.
* acara sukan lumba
dan sebagainya.

Apa yang saya nak cakap di sini ialah :

* kalau berbasikal di waktu malam, pakailah pakaian yang cerah. Basikal ada alat keselamatan tambahan seperti lampu.
* gunakan helmet.
* tuggang ikut peraturan jalan raya.
* tunggang dengan berhati-hati, jangan dengan keadaan melulu. tak senonoh je tengok.
* gunakan akal.

Kadang-kadang saya terserempak dengan orang-orang macam ni hah...
Tak nak...tak nak macam ni tau...

Ada juga yang macam ni...
Macam ni pun tak nak tau...

Nak berbasikal dengan tujuan apa? Rekreasi? Gaya hidup sihat? Atau nak ikut-ikut je? 

Keselamatan diri sendiri langsung tak dijaga. Rasa nak mencarut pun ada kadang-kadang. Tak paham betul aku saya tengok.

Cuba jadi macam ni...

Elok sikit pakai helmet, baju terang. Ermmm, lampu tak pasti ada ke tak...kalau ada lagi bagus.

Macam ni pun ok...

Berbasikal waktu malam, berbaju cerah, pakai helmet, ada lampu...

Apa-apa pun selamat berbasikal, utamakan keselamatan. Nak berekreasi itu bagus, gaya hidup sihat juga bagus, tapi yang bab tak jaga keselamatan diri tu yang tak bagus. Fikir-fikirkanlah.

Sumber gambar dari sinisinisini dan sini. Terima Kasih saya ucapkan.

Sekian...

Mee Udang

Mee udang mesti ada udang.
Kalau ke Pulau Pinang, salah satu destinasi untuk pekena Mee Udang, aku pergi kat Restorang Aur Gading ( Mee Udang ), Sungai Dua, Pulau Pinang bukan Sungai Dua belah pulau sana naaa...


Tak tau la special ke tidak tempat ni.
Dah Abah aku Encik Kamaruzaman yang perkenalkan restoran ni kat aku, kira OK la kot...
Memang banyak gambar selebriti TV ada kat kaunter bayaran restoran ni.
Buat kenang-kenangan bagi tokey kedai kot gamaknya...

Tengok harga dulu...

Pilih udang...

Siap dimasak...

Dan siap dimakan..habis, licin...

27 May 2011

ICI KULU KALA KALA WOOO

Ici kulu kala kala wooo, tak tau la betul ke tak ayat ni...

Ntah ape maksudnya pun saya tak tau.

Orang yang menonton Maharaja Lawak hari ni mesti tau persembahan dari siapa...kan? kan?


Adoyaiiii...Apek punya urat penkreas pun hampir putus sampai tak boleh nak komen.

Layan je la videonya nanti ye...tunggu orang upload kat Youtube lepas ni.

Sumber gambar: tak tau la , hasil dari Google.com. Apa pun, terima kasih la banyak-banyak...


Maharaja Lawak hari ni...

Maharaja Lawak hari ni, malam ni...

Jangan lupa pukul 10.00mlm hari ni...

Peserta ni je yang tinggal...
Gambar yang bewarna tu tau, yang hitam putih tu dah keluar tau...
Ada satu kumpulan je asalnya gambar dia dah hitam putih, tapi minggu lepas dah ade warna balik...Kumpulan R2


p/s : Agak-agaknya la, sape punya lawak yang paling teserlah dan menyerlah malam ni...


26 May 2011

T.I.N.F


Thursday : It's not Friday

Esok baru Friday...Friday...Friday...


Lepas Friday...Friday...Friday...cuti 2 hari...

22 May 2011

Macho Man

"Macho Man" Randy Savage hanya tinggal kenangan.


Randall Mario Poffo. 15 November 1952 - 20 May 2011
American Professional Wrestler, Hip-Hop artist and Actor, best known for his time with the World Wrestling Federation (WWF) and World Championship Wrestling (WCW).
R . I . P .

Sumber gambar : www.uulyrics.com
Info dari : Macho Man wiki

AHAD



V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V



Jangan malas-malas...

Sumber gambar dari pencariaan di google.com ( gambar dari sini dan juga sini ). Terima Kasih

21 May 2011

Sama, tapi tak serupa...

Sama, tapi tak serupa. Betul ke ayat tu?

Atau...

Serupa, tapi tak sama.

Apa yang tak sama? Apa yang tak serupa?

Ni hah...Tengok dua gambar kat bawah ni, ada beza kan? 



Tu je...

BFR EONCAP Islamic Bank Berhad

BFR EONCAP Islamic Bank dengan BLR EON Bank rate sama je dah naik jadi sampai 6.60%. 


 Hampir kesemua bank-bank kat Malaysia ni  BFR dan BLR rate naik bermula awal minggu ni.
Tapi tak semua BLR punya rate 6.60%. Ada yang 6.55%, 6.30% pun ada. Bank tempatan je rasanya rate dia 6.60%.
Info ni saya dapat kat bankinginfo.com.my.

Untuk rekod, sewaktu aku beli rumah kat Mutiara Residen @Bandar Country Homes , BFR EONCAP Islamic Bank punya rate 6.30%.

Tahun lepas je 3 kali rate ni diselaraskan.

Mac 2010 = 5.55% - 5.80%
Mei 2010 = 5.80% - 6.05%
July 2010 = 6.05% - 6.30%
 Info di atas dapat dari horlic.com, cari kat bnm.gov.my tak jumpe la pulak.

Tahun ni dah naik sekali...jangan la naik lagi ye, cukup la tu naik nye...

Nampaknya semua naik...Apa pun tak boleh...apa pun tak boleh...

Sabar je lah...Redhakan saja kerana ia tetap berlaku dan dah berlaku pun...

sedikit info :
BFR = Base Financing Rates
BLR = Base Lending Rates

sumber gambar dari EONCAP Islamic Bank punya website.

Maharaja Lawak Astro minggu ke - 8


Maharaja Lawak Astro hari ni punya lawak masuk minggu ke-8 sudah.

Kepada sesiapa yang tak tau siapa yang masuk semula, ni saya nak bagitau ni...

Kumpulan R2 dapat masuk semula ye, bukan Amir. 

Harap maklum.



Jangan keliru ye, dua-dua ni memang tak sama tau rupe dorang...
Atas R2, bawah ni Amir.


Macam mana pulak dengan persembahan Jambu, Nabil, Balas dan Jozan hari ni?

Anda tentukan...

Sumber gambar : Facebook Maharaja Lawak.

19 May 2011

Nur Kasih The Movie



Tu dia...besarnya poster...kuikuikui

Nak pergi tengok ke kat pawagam?

A. Pergi, kompom. Sebab ada Fizz Fairuz dalam cerita ni.
B. Mesti pergi punya sebab ada Remy Ishak berlakon.
C. Saya tak tengok filem Melayu.
D. Ya. Sebab saya suka Tiz Zaqyah.

Jawapan : tak de satu pun pilihan jawapan yang sesuai untuk aku pilih.

sumber poster dari : Facebook Nur Kasih The Movie.

15 May 2011

Langsi melangsi. Mana yang lagi langsi?

Mana lagi langsi?

Yang ni ke...


Atau yang ni...


Lu pilih la sendiri ye...

Kalau Lu dah buat pilihan mana satu paling langsi, Lu jangan nak langsi pulak...

LU LANGSI, LU MATI...

14 May 2011

Agak mengecewakan...

Nak cerita sikit pasal Maharaja Lawak minggu ke-7, semalam.

Persembahan Nabil agak mengecewakan  laaa...
Silent komedi kalau sorang-sorang atas pentas memang agak mencabar sikit rasanya.

Ni video persembahan Nabil semalam...


Syabas untuk kumpulan Jambu sebab berada di tangga teratas semalam dan membuatkan aku tergelak, betul-betul punya gelak dengan lawak dorang semalam.
Kumpulan Sepah dan Jozan pun tidak mengecewakan semalam...

Layankan saje video-video persembahan Kumpulan Sepah, Jambu dan Jozan.




p/s : dah klik LIKE untuk peserta pilihan untuk masuk semula? Kalau belum, boleh la klik kat facebook MaharajaLawak. Aku tak klik pun. Cukuplah dengan peserta yang ada.

Masih ada peluang

Masih ada peluang untuk Amir peserta Maharaja Lawak untuk bergelar Juara walaupun dia tersingkir pada minggu ini.

Ingat dah tak de peluang dah nak jadi Juara Maharaja Lawak.

Kadang-kadang aku tak paham jugak dengan apa yang dia buat kat pentas Maharaja Lawak tu.

Mungkin dah begitu cara dia melawak.

Sekian, Terima Kasih

p/s : Jumlah LIKE paling tinggi semasa entry ini ditulis : Kumpulan R2

09 May 2011

Tak de cerita lain ke?

Haha...sesuai sangat la dengan tajuknya...

Nak cerita pasal rumah pertama saya lagi.
Selagi rumah tak siap, asyik cerita ni je la yang ditulis agaknya.

Hehehe...

Semua blok dah nampak la cam rumah.
Tak lama lagi siap la tu.
Gambar-gambar kat bawah ni semua diambil pada hari Ahad, 8 Mei 2011.

Layankan saje...









Sekian laporan saya...

08 May 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu di luar sana.

Ini ibu saya...

Ini pulak ibu isteri saya aka mak mertua saya...

Sekian, Terima Kasih.

Tak perlu tajuk pun tak apa kot

A'ahh, ye la. tak payah letak tajuk pun tak ape kot.
Kalau nak letak tajuk pun, nak letak tajuk ape? Cerita pasal katak dengan tempurung?
Sebabnya nak cerita pasal ni je hah...

Kita biasa dengar ni kan? kan?

"Katak di bawah tempurung"

Kalau macam ni pulak, tak pernah pulak dengar ye tak?

"Katak di tepi tempurung"

Kalau ye pun adanya kedua-dua perumpamaan ni, rasanya la kan, tak de banyak beza maksudnya.
Lebih kurang je la...

Sumber gambar : hasil dari usaha-usaha mengGoogle la, mana lagi. Tak tau la hak siapa gambar ni, ape-ape pun, terima kasih la ye...

p/s : perumpamaan ke peribahasa ye? hehehe...

07 May 2011

Percubaan pertama

Percubaan ape? 
Haaa, ni nak tunjuk sikit la percubaan pertama aku dalam hobi tangkap-tangkap gambar ni.
Ala, pasal album gambar je.

Percubaan pertama print gambar kahwin buat Photo Book. 
Inilah hasilnya bila gambar kenduri kahwin Rudy & Wawa pada 13 Feb 2011 lepas aku printkan jadi Photo Book.

Layankan je la ye...






Info sikit :

size - album ni 12" x 12". tapi macam-macam saiz ada, nak Landscape & Portrait pun ada.
cover material - cover album ni standard material, Buckram. Metallic Shimmer pun ada jugak.
content paper material - aku pilih yang standard, Art Paper 150gsm with Gloss Lamination ada juga pilihan lain Matte lamination. Kalau nak upgrade sikit boleh pilih yang premium, linen 240gsm.
accessory - hardcover slip case




Betul-betul punya lawak

Tak nak cakap banyak.
Ini je yang buat aku betul-betul gelak waktu tengok Maharaja Lawak semalam.


Yang ni pun sama jugak...


Layankan saje la ye...