23 April 2011

URTICARIA punya pasal

 
URTICARIA? Apa tu?
Nak tahu lebih lanjut, klik dan baca kat sini.

Doktor kata Miza Raihanah kena masuk wad, sebab kena penyakit ni.
Ye la, orang lain biasa kena paling lama 2 hari je dah elok.
Ini tak, dah nak 6 hari tak elok-elok lagi.

Isnin, 4 April 2011 hari tu bawak la dia ke Klinik Kerajaan Gombak Setia sebab dah 5 hari keadaan Miza tak berubah.
Ubat klinik yang pergi sebelum ni dah habis.
Kononnya kalau kat klinik kerajaan ada lab, so boleh la dia buat blood test atau apa yang patut dan boleh dapat reslut lab cepat sikit berbanding klinik swasta biasa tu.
Rupanya tak jugak, dia kata tak pe, ni alahan ni.
Aduhai doktor, saya pun tahu doktor, sebab malam Rabu tu dia makan sotong, lepas makan tu yang naik gatal-gatal tu. Saya pun pernah kena kalau salah makan. Contohnya macam makan kerang, kalau tak betul cara masak, kompom naik gatal-gatal 1 badan.
Doktor, dah 5 hari doktor, keadaan dia macam ni je.
Ala, ni alahan je...Rasa nak tampar je doktor tu.

Balik klinik kerajaan tu dah petang, sebelum tidur Miza makan ubat dulu.
Bangun je pagi esoknya, muka @mulut, mata terus bengkak sehhh...
Tak puas hati punya pasal, aku bawa Miza ke klinik yang pergi masa mula-mula tu, dia cadangkan bawa Miza ke Hospital Selayang, jumpa pakar dermatologi.

Kat Hospital Selayang, dorang suruh cek kat emergency dulu, tunggu punya tunggu lepas blood test ngan inject ubat, keadaan tak berubah. Doktor minta tunggu 30minit nak tengok kesan ubat.
Keputusannya, masih tak berubah, doktor call pakar, lepas tu doktor beritahu, "Saya dah call doktor pakar, anak encik kena masuk wad sebab kita khuatir pernafsan anak encik boleh terganggu sebab tanda-tanda (bengkak, kemerah-merahan) di muka masih belum pulih lepas kita bagi ubat tadi" - lebih kurang macam tu la. Bengkak kat muka ni bahaya, takut pernafasan boleh terganggu.


Masuk wad pada 5 April 2011, Wad Pediatrik 8A.
Tak de la lama, petang 6 April 2011 dapat keluar sebab dah sembuh.
Alhamdulillah...

Kena ukur tinggi ngan timbang dulu.
Opah Cu bawa belon untuk Miza. Barbie tu pun hadiah dari Opah Cu. Barbie ori tau, hehehe...


Dah pergi jumpa pakar Khamis lepas tuk follow up, dapat stok ubat kaw-kaw untuk 3 bulan.

Ok, sampai sini saja.
Sekian...

No comments:

Post a Comment