14 December 2010

Mutiara Residen

Rasa dah lama gila tak update kan? kan?
Idea tuk entry tu ada, cuma masa je tak mengizinkan.
Hari ni nak cerita sikit pasal rumah yang aku beli kat BCH, Rawang.

Mutiara Residen aka Desa Mutiara

Harga dari RM139,500
22' X 100' Townhouse 20' Backyard garden.

Kenapa beli rumah jauh-jauh Encik Redzuan?

Memang betul kata orang lokasi ni boleh tahan jauhnya kalau orang tu bekerja kat KL.
 Tapi, memandangkan umur makin tahun makin bertambah, so kena cepat-cepat la beli rumah.
Nak beli dekat-dekat dengan rumah sekarang ni tak termampu la nak beli. Kata orang "Ukur baju di badan sendiri". Beli ikut kemampuan kita ye.
Memang betul kalau tunggu lama sikit gaji pun makin OK, so boleh la beli rumah yang lebih OK dari ini, dan lokasi dekat sikit dengan KL.
Jangan lupa pulak, umur pun sama makin bertambah, lagi satu harga rumah ni kalau akan datang bertambah-tambah harganya.
Rasanya tak salahlah kalau rumah ni menjadi pilihan sebagai rumah pertama aku dengan isteri.

Gambar ni waktu pertama kali aku datang melawat lepas bayar deposit 10%.
9 Okt 2010
Depan pintu masuk.
9 Okt 2010
Belakang sikit.
9 Okt 2010
Tiang-tiang...

 Developer untuk Mutiara Residen ni Euthenia Land Sdn Bhd
Kalau tengok kat website Euthenia  memang takde cerita pasal Mutiara Residen ni sebab Mutiara Residen ni lebih kurang macam Desa Mutiara Fasa 2 la. Kawasan besebelahan dengan laluan utama.
Kat Fasa 2 ni, jumlah unit rumah tak banyak, ada 94 unit je kalau tak silap la.
Jalan pun satu je, situlah masuk, situlah jugak jalan keluar.
Lagi satu rumah ni Gated Community.

Apa lagi la nak di ceritakan ye? Layan je la gambar-gambar ni...
Gambar-gambar ni aku tangkap 5 Dis 2010 lepas lebih kurang 2 bulan selepas gambar-gambar sebelum ni.
Projek nampaknya menunjukkan tanda-tanda positif.

LAYANKAN AJE...

No 3 atau 4 dari kiri rasanya...



Nampak la sikit bentuk rumah...

Ok la, sampai di sini aje la.

p/s : maaf la kalau gambar-gambar ni ada yang kurang memuaskan, tangkap guna kamera henpon aje!

No comments:

Post a Comment