21 May 2011

BFR EONCAP Islamic Bank Berhad

BFR EONCAP Islamic Bank dengan BLR EON Bank rate sama je dah naik jadi sampai 6.60%. 


 Hampir kesemua bank-bank kat Malaysia ni  BFR dan BLR rate naik bermula awal minggu ni.
Tapi tak semua BLR punya rate 6.60%. Ada yang 6.55%, 6.30% pun ada. Bank tempatan je rasanya rate dia 6.60%.
Info ni saya dapat kat bankinginfo.com.my.

Untuk rekod, sewaktu aku beli rumah kat Mutiara Residen @Bandar Country Homes , BFR EONCAP Islamic Bank punya rate 6.30%.

Tahun lepas je 3 kali rate ni diselaraskan.

Mac 2010 = 5.55% - 5.80%
Mei 2010 = 5.80% - 6.05%
July 2010 = 6.05% - 6.30%
 Info di atas dapat dari horlic.com, cari kat bnm.gov.my tak jumpe la pulak.

Tahun ni dah naik sekali...jangan la naik lagi ye, cukup la tu naik nye...

Nampaknya semua naik...Apa pun tak boleh...apa pun tak boleh...

Sabar je lah...Redhakan saja kerana ia tetap berlaku dan dah berlaku pun...

sedikit info :
BFR = Base Financing Rates
BLR = Base Lending Rates

sumber gambar dari EONCAP Islamic Bank punya website.

No comments:

Post a Comment